|
Selamat Hari Lahir Yang Ke-8 Ronaldo
Tuesday, January 31, 2012 | 6:48 PM | 0 candie blossom
Semalam, hari jadi budak yang gile gile dekat bola dan ronaldo. Kay, aku pun same. Name budak tu Muhammad Al-Fateh bin Anuar. Adik aku la tuuu. Birthday die yang ke-8. Kiteorang sambut gitu-gitu je. Takde la meriah sangat. Kiteorang buat antare keluarge je. Tetibe, fateh ni pegi ajak kawan die; si hakim dengan iwan. Pukul 9.45 start, pukul 11 malam habis. Kite layan gamba jela. Aku takde mood nak tulis entri panjang-panjang. kiteorang makan soto. amacam terliur tak? terer kan adik aq? kawan dgn budak sekelas dgn aku. haha birthdayboyy ^_^ syok sangat mcjz ngn paan tu. eii tempah dekat http://norkhamsiah.blogspot.com/ hakim and my sis aq dengan hakim. kay, gamba ni aku edit *gedik* hakim dan iwan. iwan ni tue due tahun dr hakim. terer kan adik aq? kawan dgn bdk bsr. haha bergaye. hahaha -__- Yang lawaknye, hakim ni buat rumah aku macam rumah die. Iwan tu malu-malu je. haha Mak : Hah. camne ni da ujan kat lua Hakim : Takpe. Tidur kat sini je. Sume gelak dengar hakim cakap gitu. Anyway, meriah birthday adik aku ni. Terima kasih Iwan dan Hakim :) Contest Super Simple Ladies Blog
Sunday, January 29, 2012 | 3:20 PM | 0 candie blossom
Hope aku menang :) Akibat Kalau Terlebih Rajin
Saturday, January 28, 2012 | 1:56 PM | 0 candie blossom
Semalam, mase tengok cite The Incredible Hulk, tetibe perut ni mintak diisi. Hurm.... Otak ni mula mencari-cari idea. Yeah! Mihun Goreng! Aku pun suruh adik aku amk mihun dekat depan. Kebetulan, time tu mak aku tengah tidur. Aku pun bukak peti ais, cari lade yang dah blender. Oh men... Takde pulak. So, aku mule la nak cipte resipi sendiri. Bahan-bahan : Mihun Lade yang diblender, (jgn hancur sangat) Bawang putih dan bawang besar (potong lumat-lumat) Tomato Limau Nipis Garam dan Gula Taugeh Simple right? Nak tau hasil die ape? Kalau dari 10. Aku bagi 2/10 je. Rase die? Hampehh -__- Sebabnye, rase masam limau dengan tomato tu je ade. Dah tu, sos aku tak letak. Ayam ke ikan bilis ke, sume aku tak letak. Mak aku kate sesuai untuk orang diet mihun ni. Yelah makk --' 2/10 sebab mi tu tak keras dan boleh dimakan sampai habis. So, aku kene perbaiki lagi la resipi ni. Aku kene tambah ikan bilis atau ayam dan sos. Jadi, pandai buat kerja, kena la kemas kan? Arhh, part ni paling aku benci. Namun, ku gagahi juaaa. KEADAAN SINGKI SEBELUM Haa kau. Bapok la sepahnye. Ape punye anak dare ni?! Ridsect pun ade ka? Nak kasi mampus kaaa? KEADAAN DAPUR SELEPAS DIBERSIHKAN OLEH CIK IZZAH Amacam? Kemas tak? Bersih tak? Lulus tak? Hihihihi. Aku boleh kawen da nii XD Segmen Jom Tambah Follower By aiman
| 11:52 AM | 0 candie blossom
Join la. Boleh tambah follower :) Perkara Yang Selalu Terjadi Pade Aku Dulu
| 10:29 AM | 4 candie blossom
Now, i don't have handphone anymore :( Day by day, I Miss You Contest My Blog Very Ohsem by Mish Korea
Friday, January 27, 2012 | 12:43 AM | 3 candie blossom
Tag : Husna Musfirah I Am Malaysian Cool Blogger by Khairina Hairuddin
Thursday, January 26, 2012 | 6:48 PM | 2 candie blossom
Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta
| 6:05 PM | 0 candie blossom
Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang sangat suka membaca dan menghabiskan masa di perpustakaan. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah novel yang ada bertulis nama dan alamat seseorang di salah satu halamannya : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat" Setelah pulang ke rumah, dia menulis surat memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian, dia menerima balasan. Gadis itu bersetuju berkawan dengannya. Hari bertukar minggu, dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada sayang. Namun, mereka masih belum pernah bersua muka. Walaupun begitu, perasaan sayang tetap berbuku di hati. Suatu hari, si jejaka dipanggil pergi ke medan perang. Dia berasa amat susah hati. Dia bimbang jika tidak dapat bertemu dengan gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, ''kalau ALLAH panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen kereta api pada hari perang itu diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku membawamu makan malam dan bertemu orang tuaku.'' Maka pergilah dia ke medan perang dengan tenang. Beberapa bulan kemudian, Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen kereta api sambil memegang sekuntum mawar merah. Diperhatikannya setiap gadis yang di situ sekiranya ada yang turut memegang mawar merah sepertinya. Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka amat terkejut apabila gadis pujaannya berbeza dari imaginasinya., namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut. '' Catrina? '' Gadis itu melihat si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka menghulurkan mawar merah kepada si gadis dan berkata, '' Aku amat merindui mu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Mereka tidak sabar untuk bertemu denganmu,'' kata jejaka itu. Si gadis tersenyum lagi dan berkata, '' aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada serang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku tadi. Dia memintaku memberitahu kamu, dia sedang menunggu di restoran di hadapan stesen kereta api ini jika kamu mempelawaku makan malam bersama orang tuamu.'' -------------TAMAT----------- Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang dan bukannya nafsu. Walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina'. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? Kenapa?
Wednesday, January 25, 2012 | 2:56 PM | 2 candie blossom
Malunyaaa -.-
Tuesday, January 24, 2012 | 6:25 PM | 0 candie blossom
Hew.. Hew.. Ya Allah, Ya Tuhanku... Aku malu giler ni. Pasal entri 'Fuck You Sial' dengan status aku di Muka Buku. Waaaaaaaaaaaa, aku nyesal giler tulisss. Bangang je, bf aku tipu aku jee kot --' Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 20 Januari 2012, aku online mukabuku. Beliau pun online jugak. Kebetulan pada petang itu, cume ade Sabreena dengan aku je kat rumah. Aku pown ajak la dy wc. Kiteorang gune people routtlete je, malas aku nak download skype. Mase wc, aku tanye la die, si ***** tu, ade mintak no b tak? Dia pun jawab, ade. Woahh, aku dah berdebor-debor da time tu. Aku pun tanye, abes b bagi ke? And then, die jawab *bagi la. tga msg dgn dia la ni (sambil menunjuk phone die) OMG, aku dah bengang sangat time tu, nyirap darah aku..and then dia tanya lagi *marah ke? Aku pun jawab, *tak marah pun. bagos la. Rase macam nak nangis je time tu. Feeellinggg deee! Haha. Lepas tu, die kate nak offl. Aku pun ape lgi, tulis status kat fb, lepas tu, buat entri kat blog. Kalau aku stress ke, bengang ke, hape ke, luahan aku due mende ni je. Nak tulis diari?? Hampeh! Mak aku bace la jawabnye. Status aku tu aku private dari bf aku. Cedik kan? Hohoho #%&% Lepas tu, aku share entri aku tu dekat fb. Aku private jugak dari die. Tak lame lepas tu, die online balik, ni chat kiteorang. Time tu, aku DP aku gamba Omar Beliau : Aiy Omar Aku : Aiy Beliau : Apa khabar? Aku : Khabar buruk Beliau : Sehat? Aku : Tak Beliau : Da jumpe doktor? Aku : Doktor tak mampu nak rawat sakit sy ni Beliau : Lawak la cyg ni Aku : Napenye?! Beliau : b tipu je yang kasi no tu *chat ni, ade yg aku ubah sikit2. x ingat sgt la Bile die kate, die tipu je, aku rase nak tumbuk je skrin lappy ni. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, bagus la kau tak bagi! Makin sayang aku dekat kau. HAHAHAHA. MALU SHIALLL!!!!!!!!! Terus aku padam status aku dengan entri aku tuhh. Eiii, IHATEYOU!!<~sambil senyum2. Beliau kate, beliau bace blog aku tu. Tapi, dapat sikit je, sebab aku dah delete. Rupe-rupenye, time die nak bace tu, kakak die mintak lappy, lepas kakak die da gune, die tengok balik, aku dah padam. Heww.. Hewww... Good! ^_^ Beliau ni, bf aku yang paling lame aku couple. Hope, aku kekal dengan die. AMINN :) Age: 17 this year Nak tau lebih banyak, tanye la die sendiri kay! HAHA I HATE YOU! Awwww, lawannye --' I LOVE YOU:-* I Have An Awesome Blog! by Hajar and Naziha
| 12:01 PM | 0 candie blossom
Nice to meet you! :)
Thursday, January 19, 2012 | 7:04 PM | 2 candie blossom
Ceritanya begini, minggu lepas, aku pergi la rumah Iskandar, aku panggil mak die maklang. Walaupun, kiteorang tak de pertalian keluarge. Kiteorang ni sedare seislam kay! Pada malam sabtu, aku pergi rumah die nak pinjam kereta sebab ayah aku nak bawak kiteorang makan dekat paye pulai. *kiteorang tak de kete kay. Aku pun bagi salam, and then Iskandar tu suruh masuk rumah die, aku pun masuk la. Aku dah biase dengan die. Iskandar tu form 3. Tapi, perangai tak matang langsung. Cam sakai je. Time aku masuk tu, bersepah rumah die, bapak banyak beg balik kampung tu. Tibetibe aku ternampak orang putih kat rumah die. Kay, aku jakun! Aku balik rumah aku gitau mak aku. Mak aku cakap tu mungkin kakak maklang dari australia. Tak lame lepas tu, maklang datang rumah aku. Die g bawak ank mat salleh tu. Riuh giler mulut dieorang. Aku macam ta pecaye je ade orang putih depan mate aku. Bhahaha! Jakun gila --' Mak aku cerita la, anak die tu name omar, penah datang sini mase kecik-kecik. Sekarang ni die da besar. Aku pun cakap la kat mak aku. *mak, mane ade orang besar. budak-budak baye angah adelahh. Lepas tu mak aku cakap lagi, Omar tu bukan orang australia, tapi Malaysia+Bosnia. Hari demi hari, kiteorang pun makin rapat dengan keempat-empat anak mat salleh tu. Alhamdullilah, aku dengan adek aku reti speaking sikit-sikit. Yang aku bengang tu, due orang pompuan rapat dengan adik aku. Cume, yang laki tu je yang rapat ngan aku. Sengal gilaa --' Rupenye, budak-budak 4 orang tu, anak angkat je. Omar je anak betul dia. 2 pompua, 2 laki. Yang pompuan, name die Sabrina and Sofia. Yang lelaki pulak, Alamin and Ali. Sabrina tu bangladesh+Australia. Sofia, Ali and Alamin adik-beradik. Dieorang ni macam kanak-kanak terbiar kat sane. So, kerajaan Australia, bagi la kat aunty Shikin tu soh jage. Dapat duit tiap-tiap bulan tau! Bagus betul kerajaan Australia. Yang aku tahu, aunty Shikin da jage budak-budak tu 4 tahun. Hyperactive giler dieorang. Seronok sangat dapat kawan dengan dieorang. Jadi, aku boleh la speaking dengan dia. Tapi, aku tak bape paham sangat. Dieorang gune slang australia, kite kat skola blaja slang british kan? Penah sekali aku cakap gini kat Alamin. *Can you speak slowly? I can't understand what are you talking. At school, i learn british not australia. So, its different. Understand?* Perghh, terabur grammar aku. HAHAHA! So, kite layan gambar dieorang kay!
I will miss you all!:) Contest Blog Paling Kemas
Sunday, January 15, 2012 | 3:29 PM | 0 candie blossom
I Miss You :( (part 2)
Saturday, January 14, 2012 | 6:07 PM | 0 candie blossom
Ohh, tidak! Otak aku sudah tidak betul -.- I really miss him. Arhhh, gila nya aku niii. Nak sangatsangat texting dengan dia. Tapi, kalau guna phone mak aku, tak puas laa. Nanti, dia cari pulak phone die. Die tu macam tahutahu je aku nak main phone die. Kalau nak chat dengan beliau sekalipun, kalau aku online, bukannya dia online pun. Facebook ni boring tanpa dia tauuu! Aku stress sangat sekarang ni. Bile aku mengamuk sikit, mesti mak aku cakap 'bawak bersabar nurul. istifar banyakbanyak sikit'. Adesss, terasa giler aku! Lagi la aku stress nyeee! Ade satu hari tu, dari petang sampai malam aku nangis. Dalam bilik air tu, meraungraung aku menangis. Dah macam orang gilaa -.- Mase mulemule masuk sekolah 2012 ni, aku bapok la pendiamnye. Mate aku da lebamm daa time tu. Lepas tu, kawan aku ade cakap. Muke aku ni, muke orang stress. Yess, that's right Auni!! Start minggu ni, aku da ceria balik. Thanks Men! I love you daddy!! HAHA *kegilaan melanda -.- Mak aku cakap, bile aku habis sekolah, yakni bermakna 3 tahun akan datang barulah aku boleh menggunakan telefon bimbit. Sekarang ni, aku merasakan bahawa diriku ini tidak bermakna lagi. :( MASIH ADAKAH YANG MENYAYANGI KU LAGIII?? OHH AKU, DI DALAM DILEMAA! Anti Lelaki
Thursday, January 12, 2012 | 7:06 PM | 0 candie blossom
Watak utama : Park Shin Hye Kim Hyun Joong Watak sampingan : Lee Min Ho Jung So Min Jang Geun Suk Flashback 3 tahun yang lepas.. "Ada apa nak jumpa abang?", kata Lee Min Ho. "Sebenarnya..Sebenarnya..".. "Sebenarnya ape?!", pintas Lee Min Ho. "Abang ada banyak kerja ni.", tambahnya lagi. "Saya sukakan abang", kata Park Shin Hye yang sedikit malu. "So?", tanya Lee Min Ho. "So, saya nak couple dengan abang, boleh tak?", kata Park Shin Hye yang asyik tertunduk dari tadi. "Huh?! What?! Are you kidding?", tanya Lee Min Ho. "No. I'm serius.", kata Park Shin Hye. "Hai sedar diri tu sikit, kau tu bukan cantik sangat pun. Selama ni aku layan kau sebab kesian kau tu terhegeh-hegeh sangat dekat aku.", cemuh Lee Min Ho. Terkedu Park Shin Hye lalu dia menangis. Shin Hye berlari dalam keadaan menangis. Bukan kerana 'ditolak' tapi kerana dihina. Sejak kejadian itu, Park Shin Hye mengambil keputusan untuk berpindah sekolah. Ibu bapanya hanya menuruti sahaja. Sejak dari itu dia bukan Park Shin Hye yang dulu. Sekarang dia ANTI LELAKI. Pelajar lelaki dikelasnya sekarang sangat membencinya kerana tiap kali mereka meluahkan perasaan kepadanya, dia akan mencemuh dan akan menolak mereka mentah-mentah. Namun mereka tidak faham mengapa dia melakukan hal sebegitu sehingga kawan baiknya menceritakan segalamya kepada kekasihnya iaitu senior mereka. Flasback end "Arghhhh!", jerit Park Shin Hye. So Min yang sedang berbual dengan kawan yang lain terperanjat. "Weyh, nape kau ni?", tanya So Min. "Kau teringat lagi? Dah la wei, mende tu da tiga tahun lamanya... Apesal pulak kau nak ingat-ingat lagi.", kata So Min seolah-olah mengerti apa yang bermain difikiran kawan baiknya itu. "Haish, kau ingat senang ke nak lupakan.. Da la dia hina aku", marah Shin Hye. "Kalau aku jumpa dia, aku cincang-cincang dia buat masak kari", marah Shin Hye lagi.". "Hahahaha.. Banyak la kau punya kari.", gelak So Min. Keesokan harinya. "Kenapa dengan budak laki tu?", tanya Kim Hyun Joong Kepada Jang Geun Suk. "Hmm, mesti kena rejek dengan Puteri Mulut Berbisa", kata Jang Geun Suk. "Huh?! Puteri Mulut Berbisa mana pulak kau ni?", tanya Hyun Joong. Tiba-tiba mereka ternampak Park Shin Hye dan Jang So Min melalui tempat mereka melepak. "Hah, tulah Puteri Mulut Berbisa.", kata Jang Geun Suk. Kelihatan Jang So Min sedang berbual-bual dengan Park Shin Hye. "Sape mulut berbisa, hah?!", sergah Park Shin Hye. Terkejut Jang Geun Suk dan Kim Hyun Joong dibuatnya. "Hah?!", tanya Park Shin Hye lagi. "Wei, balak aku pun kau nak sound jugak ke? Dah la kau sound mamat tadi macam-macam.", celah Jang So Min. "Huh! Nasib baik makwe aku ade.", kata Jang Geun Suk dalam hati. "Nasib baik kau balak kawan aku. Kalau kau balak orang utan, aku cincang-cincang kau cukup-cukup.", marah Park Shin Hye lagi. Jang Geun Suk menelan air liur. "Dah la. Loceng dah berbunyi tu. Jom masuk kelas.", kata So Min Kim Hyun Joong masih mengelamun. Terpegun dengan kecantikan Park Shin Hye walaupun dia seorang yang garang lagi menakutkan. "Hyun Joong!! Hyun Joong!!", panggil Geun Suk tetapi tidak disahut oleh Hyun Joong. "Weyh, jom masuk kelas. Cikgu da masuk tu.", kata Jang Geun Suk. Semasa pulang sekolah "Wei, tadi nape kau mengelamun?", tanya Geun Suk. "Huh?! Bile? Kat mana?", kata Hyun Joong pura-pura tak tahu. "Eleh, tak yah la nak berahsia dengan aku. Kita da kawan da lame la bro!", kata Geun Suk seakan-akan sudah tahu Hyun Joong telah jatuh cinta dengan Park Shin Hye. "Kau suke dekat Puteri Mulut Berbisa kan?", teka Geun Suk. "Huh?! Mane ade! Merepek la kau ni.", nafi Hyun Joong. "Hmm... Tipu!", kata Geun Suk. "Wei, nape die asyik marah budak laki je? Budak perempuan tak pulak. Kemain baik lagi die dengan budak perempuan.", tanya Hyun Joong cuba menukar topik. "Kau tak tahu cerita ke? A'ah. Kau sekolah petang tahun lepas. Lupa plak..", kata Geun Suk. "Cam ni..... Jang Geun Suk mula bercerita. Barulah Kim Hyun Joong tahu mengapa dia begitu anti dengan lelaki. Kim Hyun Joong telah menyukai Park Shin Hye sejak kali pertama bertemu. Sejak hari itu, Hyun Joong berusaha mendekati Shin Hye tetapi tiap kali dia mendekatinya tiap kali itulah dia dimarahi dan ditengking. Walaupun banyak kali Jang Geun Suk dan Jang So Min menasihatinya untuk menghentikan perbuatannya tetapi dia tidak peduli. Satu hari dia merasa putus asa. Pada waktu rehat dia ingin pergi ke 'swimming pool' untuk berenang. Sememangnya Hyun Joong akan release tension dengan berenang. Semasa hendak membuka pintu, dia terdengar jeritan orang meminta tolong. Dia berlari ke arah suara tersebut. Kim Hyun Joong terkejut kerana yang meminta tolong tersebut ialah Park Shin Hye. Kim Hyun Joong terus terjun ke dalam swimming pool untuk menyelamatkan Park Shin Hye yang terkapai-kapai. Selepas membawanya ke darat, Kim Hyun Joong memberi bantuan pernafasan. Di rumah Park Shin Hye Park Shin Hye tersedar dari pengsan. Ketika matanya terbuka, dia terlihat Kim Hyun Joong disisi. "Kau buat apa dekat sini hah?!", kata Park Shin Hye sambil memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. "Aku.. Aku jage kau la.", kata Kim Hyun Joong dalam keadaan terkejut. Tiba-tiba pintu bilik Park Shin Hye dikuak. "Biarlag dia jaga kamu. Lagipun, dia yang bawa kamu ke sini. Mak tak kisah.", kata mak Park Shin Hye. "Mak tak kisah?! Mak.. Dia tu lelaki, saya nak perempuan. Mana elok... Sebilik pulak tu", kata Park Shin Hye. "Biarlah.. Kamu patut berterima kasih kepada dia sebab bawa kamu ke sini. ", kata mak Park Shin Hye sambil meletakkan ubat-ubatan."Hmm. Eh, kau tak bagitahu So Min ke?", tanya Shin Hye. "Dah.. Dia ada melawat kau tadi tapi dia dah balik.", kata Kim Hyun Joong. "Mak keluar dulu", kata mak Park Shin Hye. "Balik lah. Aku tak mintak pun kau jage aku.", tengking Park Shin Hye.Tiba-tiba Kim Hyun Joong memegang tangan Park Shin Hye dengan kuat lalu mendekatkan mukanya kearah Park Shin Hye. Mata mereka bertentangan. "Tolong.. Kali ni je saya nak jaga awak.", rayu Park Shin Hye. "Lepaskan tangan aku! Sakitlah!!", aduh Park Shin Hye. Lalu Hyun Joong melepaskan tangannya. "Suka hati kau lah. Kalau kau tak sihat, aku tak tahu ek. Aku tak mintak pun.", kata Park Shin Hye. Setiap hari Hyun Joong menjaga Park Shin Hye. Dia mula sedar yang Hyun Joong mengambil berat terhadapnya. Park Shin Hye telah jatuh cinta dengan Kim Hyun Joong. Tetapi egonya lebih tinggi menyebabkan dia tidak mengakuinya. Suatu hari Kim Hyun Joong tak datang seperti selalu Park Shin Hye mula risau. Lalu menyuruh So Min datang ke rumahnya. "Wei, kau tahu tak nape Hyun Joong lama tak datang rumah aku?", tanya Shin Hye tanpa rasa malu. "Eh, aku ingatkan kau tahu.. Kat sekolah Geun Suk kata dia dah 2 minggu tak datang. Kitaorang tak tahu sebab apa.", tipu So Min. "Sebenarnya aku rasa aku dah jatuh cinta sekali lagi la.", Shin Hye mengaku. "Maksud kau?", tanya So Min pura-pura tak tahu. "Aku dah jatuh cinta kat Kim Hyun Joong laa.", kata Park Shin Hye sekali lagi. "Akhirnya kau mengaku jugak.", sindir So Min. "Hehe.", kata Park Shin Hye. "Eh, betul ke kau tak tahu Kim Hyun Joong kat mana?.", tanya Park Shin Hye mahukan kepastian. "Tak tahu la", jawab So Min. Di dalam bilik Park Shin Hye Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan sms masuk. -jumpa saya kat dewan esok- Joe Di dewan sekolah (esoknya) "Hmm.. Sape pulak yang mesej aku ni?" "Patut ke aku pergi?", kata Park Shin Hye. Lalu pintu dewan terbuka. Terkejut apabila teman baiknya Jang So Min dan Jang Geun Suk berada disitu. "Wei, ape semue ni? Sape Joe?", tanya Park Shin Hye tetapi tidak dijawab. Tiba-tiba dia terdengar Kim Hyun Joong menyanyikan lagu 'Love Like This' oleh SS501. Park Shin Hye menekup mulutnya apabila muncul wajah yang amat dirinduinya. Sesudah menyanyi, Kim Hyun Joong menanyakan sesuatu kepada Park Shin Hye dengan berdebar-debar "Saranghea Park Shin Hye.. Could you be my girlfriend?" "Yes! I'm agree!", jawab Park Shin Hye acuh tak acuh. Kim Hyun Joong memeluk Park Shin Hye dengan erat. "Nampaknya saya lah yang meruntuhkan benteng 'anti lelaki' awak.", kata Kim Hyun Joong dengan senyuman manis. Esoknya gempar satu sekolah yang Park Shin Hye atau lebih dikenali sebagai Puteri Mulut Berbisa dengan rasminya couple dengan Kim Hyun Joong. Tiada lagi pelajar yang anti lelaki di sekolah itu. THE END RINDU KORANG SUME :(
Saturday, January 7, 2012 | 6:03 PM | 0 candie blossom
Aku stress sangat sekarang. Aku rindu kawankawan aku mase dajah 6. Rindu nak dengar dieorang ketawa, dieorang ejek mengejek, makan samesame, nanyi lagu 'inilah cinta' samesame. Dieorang lain dengan kawankawan aku yang sekarang ni. Kawankawan aku yang dulu sporting giler babeng. Aku cadang, bulan 12 nanti, aku nak buat reunion dengan budak kelas 6 Berlian dengan Teacher Voon sekali. Nak sangat dengar Teacher Voon membebel. Mulut die popek popek tak hentihenti. Kesian die. Tapi, I LOVE YOU TEACHER!!! Dulu geng aku Norfarahana dengan Nurul Dayana. Gambar dieorang ade kat tepi tu. Aku paling rapat dengan Dayana sebab kiteorang tinggal satu kampung, naik basikal samesame pegi sekolah. Sampai guru besar kate 'dimana ade izzah, disitu ade dayana'. Hihihi. ^_^ Teacher Voon sampai gelarkan aku tomboi sebab aku kasar. Kasar ke? Mungkin sebab aku suke kawan dengan budak laki dan percakapan aku yang agar laser ni kot. Daa la aku suke mencarut. Tabiat buruk aku ni susah betul nak hilang. Mueheheheh. Balik sekolah dulu, aku selalu berlumbe basikal dengan Hakim, Pi'an ngan Dayana. Lepas tu, kiteorang tukartukar basikal. Best sangat^^ Kiteorang dalam kelas, ade name 'manje' masingmasing. Aku : Broza - sebab bro+izzah=broza Dayana : doyok - sebabnye, ntah la. Pi'an yang kasi name tu Farahana : Fuda - ilham name kedai baju Hanis Zulaikafitri : Men - sebab die brutal Ain : Bulat - sebab die bulat la. haha Pi'an : Owun - sebabnye IDK Raihana : Jakun - sebab suke komplen kot? Hafiq : Dogol - sebab dahi die luas Fadzil : Powuit(perut) - sebab perut die buncit Syahir : Hamster - sebab die comel^^ Kerthana : ketam Pang : Gampang - sebab gam+pang Asyraf : Petuok - sebab kepale die petak Anis : Black - sebab die gelap sikit Neetha : Nayir - sebab name die Neetha NAIR Lily : Lilymoon, lilymu Fatin : Ikan patin Shabbir : MR. Bean - sebab muke die sejibik gaye mr.bean Hakeem : Monkey - die lincah+aktif sangat gaye beruk. haha Rafiuddin : Pak Udin - sebab, bagi aku muke die ade gaye orang tue sikit2. haha Firdaus : Pidot Wan : Datin Wan Abe Yang lain2 tu, sorry aq tak ingat. Dah tue mungkin? Layan gambar kenangan kiteorang plakk :- teacher voon, i miss you so much. thank you for teaching us :) budak laki. yang bongkok tu, sebab malu tinggi sangat. haha hai, yang si tinggi tu sebok je. haha hidup lepas UPSR. men catur je keje dieorang aku yang bercekak pinggang tu, sebelah aku tu wan kisah cinta WAN DAN WANNEY Doyok. my bff yang kurus tu doyok minat. yang pendek tu minat doyok. ad perbezaan kay. haha -.- dekat taman geng aku. doyok and fuda aku dengan doyok. muke aku cembek --' guru besar dengan adik aku. senyuman guru besar tak pernah berubah jejaka tahun 6 2010 aq dengan hakim bergosip. mueheheh mase buat konsert. haha. rindu time ni last sekolah. aku yang beg biru. doyok beg putih. pengawas tu fatin. budak 4A UPSR budak 5A UPSR. aku yang tepi sekali belah kiri best friend for ever. haha mr. bean and mr.bon NORFARAHANA BT AHMAD SUHAIMI SELAMAT TINGGAL SK ABU BAKAR. AKU RINDU KAN KAU :( I LOVE YOU ALL^^ |