|
Keep Going!
Thursday, January 30, 2014 | 4:31 PM | 0 candie blossom
Assalamualaikum.Perjalanan aku dalam mengamalkan pemakanan yang sihat masih lagi diteruskan. Alhamdulillah. Aku jog setiap minggu, workout hampir setiap hari tapi berat aku still 60kg dan tak pernah 50 something rasa kecewa tu Allah je tahu tapi fizikalnya, I can see I lost few inches dekat pinggang dan paha. Collerbone makin menonjol, leher panjang sikit dan muka tak tembam macam dulu but I'm still curious why my weight tak nak turun sampai aku tampal ayat ni dekat penimbang aku "Don't let this numbers change the way you view yourself". Even aku workout setiap hari, makan jaga lah juga tapi emmmm dalam hati "KEEP GOING IZZAH" jangan putus asa!! Kota Rom tidak dibina dalam masa satu hari. Salah satu cara aku nak motivate diri aku balik, tengok gambar-gambar lama aku and yes aku dah terlalu banyak berubah beberapa bulan ni. I thanked God because He make me realized how beautiful I am, how to love myself and how to appreciate my physical. 8 months ago, I really hate myself. Knowing how fat I am. How I ruined fashion and it is true orang gemuk ni fashion disaster. Dan betapa kusamnya muka aku, bila kita gemuk, toksik dalam badan ni banyak dan sebab tu muka aku banyak gila jerawat sebab aku makan junk food, fast food, soda semua. Dulu aku makan mcd setiap minggu Gila kan?! Dan aku bersyukur gila aku sedar awal, kalau tak berat aku mesti 90+ dan mulalah frust bila frust confirm akan makan-makan dan makan lepas tu jadi gemuk gila sampai baju dan seluar pun nanti run out of size. Bukan lah aku nak mengata orang gemuk tu ini tu ini, tapi aku pernah gemuk dan aku pasti orang gemuk je yang faham perasaan orang gemuk. Aku faham gila wei. Nak turunkan berat badan memang susah bagi seorang food lover macam aku. And one more thing, aku ni takde langsung berkait dengan anorexia nervosa ke bullemia ke sebab aku bukannya buat extreme diet or killer diet, aku cuma ubah cara pemakanan dan tanggapan terhadap makanan. Makanan tak pernah bersalah yang bersalah tu pemakan tu sendiri sebab tak mampu nak kawal nafsu. Bila aku gemuk dulu, aku sayang gila dekat makanan, nak bagi orang pun rasa kedekut, kalau orang minta rasa nak lempang je. Now, bila aku rasa aku nak beli makanan tu, aku beli tapi confirm aku tak akan habis sebab aku dah biasakan diri aku makan sekadar cukup untuk alas perut. Bila tak habis, aku kasilah orang atau adik-adik aku :-) Being a girl and being a cousin yang dikelilingi oleh cousin-cousin yang cantik memang satu dilema bagi aku bila balik kampung terutamanya belah mak aku. Diaorang sangat cantik!! Dan aku dulu sangat gemuk serta hodoh. Aku rasa insecure dan mulalah rasa tak nak bergaul dan menangis tak tentu pasal. Lagipun, orang cantik ni jarang yang nak berkawan dengan orang gemuk, hodoh dan langsung tak pandai berfashion. AND NOW TAK SABAR GILA NAK BALIK KAMPUNG HAHAHAAHAHA K Aku ni belum kurus lagi tapi aku dah berjaya mengalihkan posisi OBESE kepada OVERWEIGHT yang hampir nak ke normal. BMI aku 25. Tengah-tengah sikit je nak pergi normal. Normal 19-24. See? I ALMOST THERE KAN?! Jangan give up, Izzah please jangan!!! So girls, learn to love yourself. Rohani tu memang wajib tapi luaran. Gemuk tu bukan takdir. Gemuk/kurus tu semua pilihan. Allah jadikan manusia sempurna cuma manusia kena pandai hargai diri. Allah ciptakan manusia untuk bergerak so move your ass, girl! Start you healthy diet. JANGAN NAK STARVING PULAK YE. NO AND NEVER! Bila kau starving, memang sebulan dua je kurus tapi tua nanti badan kau merana sebab masa muda tak consume enough nutrients. Tak menda yang mudah. Jangan kau ingat jalan menuju kejayaan tu lurus je. Jalan menuju kejayaan tu bengkak-bengkok tau? Nak lebih motivasi, usha blog akak ni, dia dulu berat 97kg sekarang dah 66kg tau! http://gegulapelangi.blogspot.com. Cara aku motive diri sendiri :-)
Before, 74kg. Now, 60kg.
Sumpah dulu memang muka aku sangat tembam dan kusam kan?
Aku gemuk macam ni dulu dan muka aku sangat kusam :-)
So tell me how can't I love myself?
YOU CAN CHOOSE :-)
2014 and me
Tuesday, January 7, 2014 | 4:00 PM | 0 candie blossom
Assalamualaikum.Dah masuk 2014, soklan yang paling famous yang akan di tanya, "Apa azam kau tahun ni?" Ahh nanti dulu, aku nak cerita tentang azam 2013 yang selama ni duduk dalam about blog aku, "New phone. An android maybe? I want to be a little bit skinnier than now. I mean, I'm 68kg(actually i pernah 74kg). 60kg maybe? Want skin like a baby." Antara 4 azam aku tu, aku berjaya capai 2 azam je. Alhamdulillah kan. Sekurang-kurangnya azam aku terbuat lah juga. Setakat ni berat aku 61.4kg. 60kg pun pernah, lepas tu naik 1kg. Kira 7 bulan aku berdiet, aku dapat turunkan 13kg tanpa berlapar, crash diet, minum herbalife, dr rozmey ataupun pergi gym! Cuma kurangkan portion tu je. Bahagia tu sumpah bahagia sangat sebab dah 3 tahun aku tak rasa berat macam ni yelah kau bayangkan masa 12 tahun pun berat aku 63kg. Kira salah satu pencapaian dalam hidup aku yang patut aku banggakan. Konon lah. Dan, azam 2014 aku of course nak turun lagi 10kg lah! Dapat berat 50kg ya allah sumpah bahagia gila!!!! 55kg pun kira bersyukur. Sikit lagi, nothing impossible kan? Setakat 6kg nak turun 2 bulan pun boleh. Sekarang, aku berjogging, skipping, push up, crunches and the most important lah bagi aku squats. Sebab siapa tak nak pungoq yang cantik babe. Ni tak mengadu buntut besar lah pebenda padahal buntut leper je, hahahahahaha k. Aku pun hari-hari angkat dumbbell yang 1.5kg dah tu je yang ada kan nak beli aku ni dak sekolah yuran pun mak bapak tanggung lagi ye. Nak pergi gym? Nenek awak lah sekolah lagi brader Azam yang satu lagi, baby skin tu. Tak lah baby mana at least kulit i dah cerah dan kurang jerawat ye cuma tinggal parut dan 2 biji jerawat yang otw nak hilang. Semua ni takkan terjadi, kalau dak ni tak ejek aku dugong. Kalau tidak aku ni tak habis-habis rasa yang aku ni tak lah gemuk mana, muka tak lah teruk mana padahal ya allah gemuk gila!!! OBESE!!! So kepada girls yang gemuk tu, rajinkan lah diri pakai kasut pakai tracksuit pergi jogging dah kalau malu sangat sebab gemuk nak jog, diet dulu bagi kurus sebab 80% based on diet and 20% for exercise. Exercise ni nak tingkatkan stamina, cantikkan body kasi ada muscle yelah kalau kurus tapi flabby ni euwww hodoh Dah la nak sambung azam 2014. Bye |