|
Money
Thursday, November 29, 2012 | 6:41 PM | 0 candie blossom
Money. It is not easy to gain money. We have to work lah in
other say kita kena berusaha untuk mendapatkan duit. For girls who like
shopping, macam aku lah. Akan menganggap RM50 ialah satu jumlah yang kecil.
Yelah, baju je dah 30 lebih seluar lagi tudung lagi aksesori semua?
Where can I get money????
Jual buah? Hmm alih-alih mak aku jugak dapat untung. Aku?
Dapat makan buah jeee T_T . So sad you know! I want money! I want shopping!
Bilalah nak start sekolah. Sekurang-kurangnya, aku dapat saving some money. Mak
aku kasi belanja RM5, kalau aku belanja RM1 je. Aku boleh save RM4. So, in a
week, I can get RM20. In a month, I can get RM80. In 3 month, I can get RM240.
Wow. Banyakkan? So, AKU BOLEH SHOPPING!!!
Susah kalau ada nafsu besar suka shopping macam aku ni. Aku
pun tak tahu bila aku ada penyakit “shopping” ni. Herh.
Izzah, it is normal okay. You are a girl. Girl loves shopping. *sedapkan hati*
Masalahnya, shopping perlukan duit. Mana aku nak cari duit dalam cuti sekolah ni. Sumpah, aku nak kerja! Tapi memandangkan aku baru berusia 14 tahun.................. Hmm dalam mimpi jerrrrrrr *duckface*
Kalau lah boleh shopping macam ni. Akan ku turuti segala kemahuan bondaku. Jadi rajin seminggu.
Berat aku 68kg. Kalau tinggi takpe, ni tinggi 156cm je. So, nak cari baju susah la sikit. Sikit je. Ada jugak saiz untuk aku. I know what is the best for me.
Kalau lengan pendek, pakailah cardigan tak pun inner. Aku ni susah sikit nak cari skinny. So, aku akan beli jeans yang straight cut, then hantar kedai suruh jahit ketat sikit. Hidup kena pandai lah bro. Hahahaha. Tudung pulak, aku lebih prefer bawal. Kalau pergi jenjalan pakai lah bawal. Shawl? Aku malassssssss. Kena belit sini sana. Herh lagi pula muka aku ni tak berapa matching dengan shawl. Syria? Wuuu no wayy! Terserlah ketembaman muka ku ini -..-
Kasut pula? Aku tak kisah sangat pasal kasut ni. Selagi kasut tak koyak, aku akan pakai. Selipar RM10 pun jadi. Style apa pakai seliper.
Kalau tetiba mak aku ajak pergi shopping, aku nak beli baju 2 helai, seluar sehelai, tudung sehelai, pin tudung dengan selipar. Kalau boleh banyak lagi bagus hahahahaha k bye
Ini lah holiday yang paling boring! Tweeting like a boss. Dah la hari-hari ada drama twitter. People yang nak gain followers yang na trendkan nama. Arh stupid. Tak cukup perhatian ke ape?! Diet
Saturday, November 24, 2012 | 11:56 PM | 0 candie blossom
Berat 70 kg. Tinggi 156cm.Tak ideal. Sedih aku dah biasa alami. Pakai baju selalu tak kena. Orang selalu kata aku ni adik mak aku. Oh kebabian apa ini? Aku ingin kurus. Tetapi tidak lah kering. 60kg okay lah. Sekurang-kurangnya, banyaklah fesyen pakaian dapat disarung. Pernah mencuba ber'diet'. Setakat 2kg turun lepas tu give up. Jangan izzah jangan. Jangan dipersia peluang yang ada. Esok kita mulakan. Bangun pagi, minum air suam. Selepas situ, minum Jus Mate 5 Doktor Rozmi. Tengahari, makan buah-buahan dan ikan bakar. Petang minum horlicks. Malam makan buah-buahan lagi. Cukup. Cukup.Tiada lagi Nasi. Tiada lagi Mi segera. Tiada lagi minuman bergas. Tiada lagi makanan ringan. Cuma ada diet seimbang. Senaman. Serta air masak. InsyaAllah. Istiqamah. Semoga berjaya Nurul Izzah bt Anuar. Target : 60kg. I'm tired
Friday, November 23, 2012 | 2:38 AM | 0 candie blossom
Cuba baca printscreen aku ni. Malu-malu kucing? Dalam hati ada sikit ruang untuk mu? Apa semua ni?
Balqis ni kawan baik Aben. Aku dah penat wei.Tak daya. Tak tau nak kata apa dah. Hmm.
Tapi serius aku kata, aku rindu sangat Aben. Rindu nak sweet-sweet dengan Aben dekat TL. Dulu aku dengan dia je sweet-sweet. Sumpah seronok sangat :(
Tadi stalk Aben, dekat fb dia bahagia sangat dengan Hasnira. Sweet sangat. Aku jealous. Sakit hati sangat. Separuh jalan je stalk tadi hmm. Tak mampu wei :(
Bayangkan, aku dari 31/8 sampai sekarang sakit hati. Rindu. Penat tahuu penat sangat. Tapi dia apa yang dia faham. Dia jahat sangat. Kejam. Aku tahu aku over aku tahu aku kusut. Tapi aku ada perasaan wei! Ada perasaan. Tolong faham boleh tak!!!!
Dah izzah. Cukup. Ini sangat menyakitkan. Dah sampai bila pun benda ni takkan jadi macam dulu balik. FAHAM?!
Hasnira ni cantikkan? Hmm sumpah jealous. Untunglah aok kan Nira :)
Btw, lepas ni Aben g UiTM Dungun pulak. Terengganu tu. Hmm jauh kan? Takpelah, semoga awak berjaya sayang. Aku selalu rindukan dan sayangkan kau :')
No Man No Cry
Friday, November 16, 2012 | 2:31 AM | 0 candie blossom
2 bulan dan 12 hari aku single. Sunyi? Sumpah aku sunyi.
Ntah la aku lagi suka couple. Sebabnya ada orang yang ambil berat pasal kita,
yang sayangkan kita yang rindukan kita, yang buat kita happy yang suka kata
sweet-sweet dekat kita. Tapi nak cari orang yang macam tu susah yes sangat
susah! Sekali aku dah terkena lepas ni memang aku berhati-hati. Tak nak hati ni
dilukai lagi dihiris-hiris cewah
2 manusia a.k.a hamba Allah yang dulu berjaya menambat hati
aku dulu. Guess who? Mestilah Muhammad Azhari bin Alias dan Azdbin bin Mohd
Asri. See, nama pun nak dekat sama kan? Idk why aku dengan huruf A selalu
dikaitkan. Contoh, Afiq, Adib, Aloq. Ni semua mamat yang baik dengan aku and
their name started with capital A! Ada jodoh dengan huruf A kot. Jkjk
Now aku nak story about Muhammad Azhari a.k.a Arie.
Aku couple dengan dia 10/10/2011. Masa aku form 1. Pendekkan
cerita, aku kawan dengan dia dari bulan 6 tahun 2011 masa tu dia dah ada awek.
Entah macamana suatu hari tu dia clash dengan awek dia sebab awek dia curang.
Aku dah admire dekat dia kira dia crush aku lah kononnya. Bapak ah happy dia
dah single! Hehehehe. Then ntah macamana masa tengah friend dengan dia, dia
banyak kali buat aku nangis. Dia kata dia suka dekat aku then dia kata dia
main-main je. What the hell? Mesti ah sakit hati kan? Aku punya lah nangis
beria malam tu masa texting dengan dia hahahaha
Aku dengan dia ni dah macam pelesit. 24/7 texting. Kalau
sekolah tak lah. Texting je. Tak pernah bosan texting dengan dia. Macam-macam
nak ditanya. Dia ni memang suka gila nyakat aku. Hish geram. Tapi aku dengan
dia jarang gayut. Aku tahu semua tentang dia. Entah macamana dia ada relay
dengan sorang pompuan dekat fb siap si perempuan tu panggil dia husband bagai.
Fuck! Aku bapak sakit hati. Nak dekat seminggu aku nangis weh! Aku text dengan
dia perli-perli yelah dia kata dia single kan dah tu habuk pun takde story
dekat aku dah la dia crush aku. Lagi la sedih. Time tu aku dah azam nak stop
kacau dia.
Dia ni kalau tengah tengok bola, memang tak boleh nak kacau.
Nak-nak kalau Manchaster United main hmm alamatnya mati kering ah aku tunggu
-.-
So suatu hari tu, dia perasan aku ni masa texting dengan dia
lain macam je. Then he asked me, why aku macam nak tak nak je kenapa aku nangis
semua. Aku pun cakap takde pe lah. Paksa punya paksa sampai terlepas bola dia.
Then aku cuba ubah topik, eh kan ada bola, pergi la tengok bola. Lepas tu dia
kata lantak ah dengan bola tu. Wuuu,sampai gitu sekali wei. Aku bapak terharu.
Tapi masa tu aku nangis je. Sampai mata aku ni naik bengkak. Cemburu punya
pasal.
Then aku bukak story pasal perempuan tu. Nama dia Mia. You
know what? Dia tak mengaku wei dia ada apa-apa dengan perempuan tu, dia kata
perempuan tu yang over. Boleh caya ke? Sampai pukul 4 pagi aku text dengan dia.
Last text dia kata, “k lah izah aku nak tidur ni. Kau jangan lupa tidur tau.
Aku mintak maaf buat kau macam ni. Jangan nangis dah. Aku sayang kau sorang je.
Bye.”
Dia kata dia sayang aku sorang je? Fuck dia tipuu. Hahahaha.
Tak lama lepas tu dia buang relay dengan perempuan tu, dia admit dia suka aku
then kitaorang pun couple. Best giler couple dengan dia. Aku sayang dia
gila-gila wei hahahaha.
Time aku couple dengan dia dia tak nak buat relay dengan aku
dekat fb, dia kata takut kakak dia ejek semua lah. Okay fine aku pun terima je
lah alasan bongak dia tu. Tak lama kemudian, dia ada buat relay dengan seorang
perempuan. Umur dia 23 tahun. Wow. Tak mudoh Arie ni umur dia baru 17 couple
dengan perempuan tua? Aku bapak sakit hati tak yah cakap la. Aku punya cemburu
buta sampai mintak clash dengan dia. Last-last rupanya perempuan tu kakak
angkat dia je. Leyy. Aku clash dengan dia 19/4/2012. Sedih gila. Tapi nak buat
camne, time tu aku sakit hati sangat nak mintak couple balik, segan ah
hahahaha. Tapi aku dengan dia still baik sampai sekarang and benda tu kitaorang
dah lupakan. K diam! Aku malu gila dengan dia pasal ni hehehehe. Alhamdulillah,
Allah kenalkan aku dengan dia J
Semoga kau berbahagia. Jawab exam elok-elok. Semoga kau
berjaya okay. Aku happy tengok kau happy Arie! Jangan bersedih walaupun kau
anak yatim piatu sekarang. Semoga kekal ke jinjang pelamin dengan Lily! XD
Ni mamat yang paling aku sayang sampai sekarang! Mr. Azdbin
bin Mohd Asri.
Hmm nak ke cerita pasal dia? Kang tak pasal-pasal aku kena
maki lagi dengan dia. Hmm lantak ah. Blog aku suka hati aku la nak cerita apa.
Aku dan Aben? Sikit pun aku tak pernah jangka woi. Kitaorang
kenal kat fb je. Dia ni memang sakai dulu. Suka kacau hidup aku bapak sakai
hahahaha. Suatu hari tu, aku usha fb dia, Nampak lah dia ada post link twitter
dia. Aku ada twitter time tu, Cuma tak berapa hidup sangat ah. Aku pun follow
dia. Start dekat twitter kitaorang rapat. Mention-mention sumpah best!
Hari-hari kalau boleh nak tweet je dengan dia. Dia time tu tengah single. Dia
tak sambung belajar lagi time tu so dia asyik online je lah. Aku pun start
sukakan dia.
Dia pulak macam sukakan aku je. MACAM k MACAM. Yelah aku
dulu cepat perasan. So, lagi lah seronok kan. One day, ntah macamana dia tanya
aku suka siapa. Aku pun jawablah kalau aku suka kau? Dia pun kata dia malu. Lol
kenapa? Dia dm aku. Tengah-tengah nak baca, bateri lappy habis. Shit! Aku pun
tidur dalam keadaan tertanya-tanya cewah
Esoknya, check phone ada mesej dia. Aku pun text la dengan
dia. Aku tanya dia malu kenapa? Then dia kata betul ke aku suka dia. Yes,
seriously, I love you so much my dear Azdbin. *ayat ditokok tambah* Dia pun
cakap dia suka aku. Aku pun reply so? Dia kata kata jom couple. Haaaaaaaa happy
gila babi wei!
Aku couple dengan dia 16/6/2012. Time ni dia masuk UiTM
Jengka dah. So, petang tu dia lalu depan rumah aku. Aku pun tersengih-sengih la
macam kerang busuk ==
Couple dengan dia best. Best sangat. Sampai dia buat aku
sayang gila babi nak mati dengan dia. Haaa ambik kau. Seriously, aku tak tipu
yang aku still sayangkan dia dan sebab tu aku tak bukak hati aku dekat
mana-mana lelaki sampai sekarang cewah asal jiwang nak mampos ni zah?
Ah lembutnya rambut aku. Baru gunting hari tu, dari paras
pinggang jadi pendek paras atas tali bra. Aku suka style rambut ni! Hehehehe. K
tibe -____-
Sambung cerita balik, couple dengan dia ni macam sakai.
Kejap couple, kejap clash macam ape tah. Tapi aku ni sabar je. Sebab aku dah
sayang gila dekat dia. Aku sabar dengan perangai dia. Dia banyak buat aku
nangis. Dia buat aku makan dalam. Dia buat aku sakit hati sangat. Tapi semua tu
aku pendam sebab aku sayangkan dia aku tak nak kehilangan dia. Tapi aku dengan
dia sampai sini je kan. Hmm nak buat camne kan. Aku redha. Tapi please Aben,
benarkan aku untuk menyayangi kau lagi :’)
Nak tahu dugaan-dugaan tu, baca je entri lepas aku. Hmm
sereh koi kabo, koi rindu aok Aben. Lol kenapa pergi ke Temerloh ni? .___.
Yaa betul la, Aben walaupun kau maki aku, kau sakitkan hati
aku. Tapi aku tetap sayangkan kau. Aku tetap tak boleh lupakan kau. Sampai
adik-adik aku cakap aku ni bodoh. Hahahaha. Tapi nak buat camne, aku pun tak
tahu. Aben, aku tak tahu lah sama ada time kita couple dulu, kau memang jujur
kau sayangkan aku atau kau saja nak game aku hmm aku tak tahu. Tapi aku anggap
tu sebagai kenangan yang terindah dan sebagai pengajaran!
Banyak yang aku rindukan tentang kau. Terutama, senyuman kau
dan suara kau! Rindu gila nak gayut dengan kau. Tapi nak buat camne kan, kau
dah anggap aku ni macam sampah. Aku sendiri tak tahu apa salah aku dekat kau?
Aku tahu aku kusut kan? Tapi aku bukan nak tagih kasih sayang kau okay! :’)
Aku nak tahu sangat apa salah aku pada kau sampai kau
sanggup buat aku camni? Aku nak tahu sangat. Kalau ada sesiapa yang tahu, can
you please tell me? Sanggup ke tengok aku sayangkan dia je hmm.
Nangis pasal dia? Dah banyak kali tak terbilang wei. Aku
rindu dia gila-gila wei. Lama tak jumpa dia last jumpa dia pun masa raya
Qurban. Nak dengar suara dia kata I Love You dekat aku :’(
Okay aku clash dengan dia time Merdeka, 31/8/2012. Tak lama
pun couple dengan dia tapi aku sayang dia sangat :’)
Kenangan yang paling kelakar bagi aku ialah. Time aku nak
otp dengan dia. Dia kat line dah clear nanti call dia, tapi bila aku call dia
off dah tu text pending. Aku hantar banyak gila text dekat dia. Aku kata “nape
off?” “suka eh buat orang cenggini?” “janganla tido lagi” “orang rindu dia lah.
Cepatlah kata nak gayut” “cepatlah. Nanti saya tertidur” Macam-macam wei.
Last-last dia send, jap nak mandi. Rupa-rupanya dia ter’off’. Dia kan guna
blackberry ada lah menda tu hahahaha k. Bapak malu wei. Aku tunggu dia bagai
nak gila. Rindu nak gayut dengan dia. Hmm :’)
Semoga kau happy. Dikurniakan kesihatan yang baik. Study
elok-elok. Semoga berjaya. Aku dari jauh happy tengok kau happy sayang :’)
(banyaknya fake smile) (-__-)
So the conclusion in my story is No Man No Cry! Yeay yeah!
Ciri-Ciri Lelaki Idaman
Saturday, November 10, 2012 | 12:10 AM | 0 candie blossom
Hi dan Assalamualaikum.Entri kali ni pasal ciri-ciri lelaki idaman aku hehehehe. Malas nak story pasal menda lain. Pening -,- Okay, ciri-ciri pertama, BERAGAMA Yeah ini sangat penting. Aku nak seorang lelaki yang boleh jadi imam kepada aku. Yang boleh bimbing aku, yang boleh ajak aku solat berjemaah sama-sama sebab aku liat sangat nak solat. Tak semestinya ustaz. Tapi kalau dapat ustaz pun boleh hehehehe tapi ustaz moden laa. Dia mesti tahu hukum hakam agama. SEDAP MATA MEMANDANG Aku tak mintak yang kacak, yang comel, tapi yang sedap mata memandang. Dia manis, sekali dia senyum buat aku cair macam tuttttttt. Arh rindunyaaa :( Hmm k. Tak selekeh, yang penting manis lah. Cara dia berpakaian tu smart tapi tak kemas sangat senang cerita sempoi! TAK KURUS KERING Perhatian! Aku tak berapa suka sangat si kurus kering. Nanti aku rasa segan pulak, sebab aku ni berisi so kena cari yang sepadan. Yang berisi jugak macam............. Stop it! LAWAK Dia pandai buat lawak. Pandai ambil hati aku. Pandai buat aku tersenyum disaat aku sedih dan down. Aku suka dengar lelaki ketawa macam Alif Satar. Aku suka sangat cara dia ketawa. Sumpah, comel! PEMURAH Aku suka shopping so si dia tu tak sengkek la nak belanja aku hehehehehe. Alah lagipun aku bukan pakai yang branded asalkan cantik sudah. Tapi aku tak de lah nak ngecek dia sampai pokai. Tengok kemampuan lah. Aku tak kisah kaya ke miskin ke sederhana. Asalkan dia pemurah? Eh gone pulok? Dah shhhh PENYABAR Sabar tu separuh dari iman, so apa salahnya bersabar kan? Aku ni kalau marah memang maki-maki lah, jadi silalah bersabar k. Tapi jarang sangat aku marah kecuali menda tu memang buat aku sakit hati sangat jadi memang aku akan marah sangat. SUKA MAKAN Yeah seriously, dia mesti suka makan macam aku jadi bila pergi makan ke, kita sama-sama suka makan suap-suap wow sweetnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Hihihihihi JANGAN SAKITKAN HATI AKU Tolonglah. Aku penat menangis. Hmm. Jangan kecewakan aku. Kalau aku dah sayangkan seseorang tu, memang aku akan sayang betul-betul dan aku akan susahkan lupakan dia macam si tutttt tu. K Okay aku dah tak tau apa lagi hahahahha. Ini je kot. Aku tak minta lebih-lebih yang penting dia BERAGAMA. Itu dah cukup kan. Kalau dapat lebih alhamdulillah. Jodoh di tangan Allah. Kalau itu takdirnya aku terima cewah. Macam aku ni dah habis sekolah. Izzah awak tu sekolah lagi la sedar sikit. Waduhhh -__________- Meaningless Birthday
Monday, November 5, 2012 | 5:37 PM | 0 candie blossom
Hi and assalamualaikum.Saya Nurul Izzah bt Anuar ingin mengucap selamat hari lahir yang ke 14 kepada diri sendiri. Forever alone sangat ke aku ni sampai kena wish dekat diri sendiri? Lol. Hahahahahahahahahahhahaha Aku rasa meaningless birthday kali ni. Entah laaa. Aku si budak kusut. Si balachi. K fine bye. Stop it budak kusut! Si tuttt macam tak nak kawan dengan aku. Dia macam tak tegur aku. Oh okay. Takpe. Aku kusut. Kawan lah dengan si dia yang lebih bagusszzzzzzzzzzzzzz dari aku. Yee, aku tahu kau kenal aku baru je. Kau kenal dia lama dah kan. So sebab tu kau percaya dia jauh dari aku. K Lantak lah. Aku tak kisah semua tuuuu. Aku benci. Kalau aku dapat undurkan masa, aku tak nak alami semua tu. Kalau lah hidup ni macam cerita indon, dah lama aku terjun gaung, lepas tu bangun hilang ingatan. Haa lupa semua senang je cewah Okay, kalau aku ni orang kaya ke anak raja ke. Presents yang aku nak ialah, baju, tudung, seluar, beg, phone, pergi rawatan muka. Party birthday yang meriah. Ya Allah macam-macam lah, tapi aku sedar aku siapa. Aku tak minta semua tu. Orang tak ingat pun takpe. Birthday je. Aku ingat lagi masa birthday aku yang ke 11 tak silap. Mak aku tak nak beli kek then aku mengamuk, menangis semua lepas tu aku hempas semua yang ada kat almari, cadar bantal semua aku baling. Mata aku bengkak habis. Sedih gila kann? Hmm. So, birthday present yang aku nak ialahh mcD, tengok wayang dan baju sehelai. Cukup? Please. Aku tak minta yang lain tu je. Hehehehehehehhehehe. K bye. Btw, sakaikan aku private kan birthday dekat facebook? Sebab tu takde orang nak wish. Tapi bagus jugak biar orang ikhitiar sikit cari birthday aku bila. Ceh macam aku ni Hot a.k.a famous je -_____- |