|
Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta
Thursday, January 26, 2012 | 6:05 PM | 0 candie blossom
Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang sangat suka membaca dan menghabiskan masa di perpustakaan. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah novel yang ada bertulis nama dan alamat seseorang di salah satu halamannya : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat" Setelah pulang ke rumah, dia menulis surat memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian, dia menerima balasan. Gadis itu bersetuju berkawan dengannya. Hari bertukar minggu, dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada sayang. Namun, mereka masih belum pernah bersua muka. Walaupun begitu, perasaan sayang tetap berbuku di hati. Suatu hari, si jejaka dipanggil pergi ke medan perang. Dia berasa amat susah hati. Dia bimbang jika tidak dapat bertemu dengan gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, ''kalau ALLAH panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen kereta api pada hari perang itu diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku membawamu makan malam dan bertemu orang tuaku.'' Maka pergilah dia ke medan perang dengan tenang. Beberapa bulan kemudian, Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen kereta api sambil memegang sekuntum mawar merah. Diperhatikannya setiap gadis yang di situ sekiranya ada yang turut memegang mawar merah sepertinya. Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka amat terkejut apabila gadis pujaannya berbeza dari imaginasinya., namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut. '' Catrina? '' Gadis itu melihat si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka menghulurkan mawar merah kepada si gadis dan berkata, '' Aku amat merindui mu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Mereka tidak sabar untuk bertemu denganmu,'' kata jejaka itu. Si gadis tersenyum lagi dan berkata, '' aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada serang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku tadi. Dia memintaku memberitahu kamu, dia sedang menunggu di restoran di hadapan stesen kereta api ini jika kamu mempelawaku makan malam bersama orang tuamu.'' -------------TAMAT----------- Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang dan bukannya nafsu. Walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina'. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? |