|
Anti Lelaki
Thursday, January 12, 2012 | 7:06 PM | 0 candie blossom
Watak utama : Park Shin Hye Kim Hyun Joong Watak sampingan : Lee Min Ho Jung So Min Jang Geun Suk Flashback 3 tahun yang lepas.. "Ada apa nak jumpa abang?", kata Lee Min Ho. "Sebenarnya..Sebenarnya..".. "Sebenarnya ape?!", pintas Lee Min Ho. "Abang ada banyak kerja ni.", tambahnya lagi. "Saya sukakan abang", kata Park Shin Hye yang sedikit malu. "So?", tanya Lee Min Ho. "So, saya nak couple dengan abang, boleh tak?", kata Park Shin Hye yang asyik tertunduk dari tadi. "Huh?! What?! Are you kidding?", tanya Lee Min Ho. "No. I'm serius.", kata Park Shin Hye. "Hai sedar diri tu sikit, kau tu bukan cantik sangat pun. Selama ni aku layan kau sebab kesian kau tu terhegeh-hegeh sangat dekat aku.", cemuh Lee Min Ho. Terkedu Park Shin Hye lalu dia menangis. Shin Hye berlari dalam keadaan menangis. Bukan kerana 'ditolak' tapi kerana dihina. Sejak kejadian itu, Park Shin Hye mengambil keputusan untuk berpindah sekolah. Ibu bapanya hanya menuruti sahaja. Sejak dari itu dia bukan Park Shin Hye yang dulu. Sekarang dia ANTI LELAKI. Pelajar lelaki dikelasnya sekarang sangat membencinya kerana tiap kali mereka meluahkan perasaan kepadanya, dia akan mencemuh dan akan menolak mereka mentah-mentah. Namun mereka tidak faham mengapa dia melakukan hal sebegitu sehingga kawan baiknya menceritakan segalamya kepada kekasihnya iaitu senior mereka. Flasback end "Arghhhh!", jerit Park Shin Hye. So Min yang sedang berbual dengan kawan yang lain terperanjat. "Weyh, nape kau ni?", tanya So Min. "Kau teringat lagi? Dah la wei, mende tu da tiga tahun lamanya... Apesal pulak kau nak ingat-ingat lagi.", kata So Min seolah-olah mengerti apa yang bermain difikiran kawan baiknya itu. "Haish, kau ingat senang ke nak lupakan.. Da la dia hina aku", marah Shin Hye. "Kalau aku jumpa dia, aku cincang-cincang dia buat masak kari", marah Shin Hye lagi.". "Hahahaha.. Banyak la kau punya kari.", gelak So Min. Keesokan harinya. "Kenapa dengan budak laki tu?", tanya Kim Hyun Joong Kepada Jang Geun Suk. "Hmm, mesti kena rejek dengan Puteri Mulut Berbisa", kata Jang Geun Suk. "Huh?! Puteri Mulut Berbisa mana pulak kau ni?", tanya Hyun Joong. Tiba-tiba mereka ternampak Park Shin Hye dan Jang So Min melalui tempat mereka melepak. "Hah, tulah Puteri Mulut Berbisa.", kata Jang Geun Suk. Kelihatan Jang So Min sedang berbual-bual dengan Park Shin Hye. "Sape mulut berbisa, hah?!", sergah Park Shin Hye. Terkejut Jang Geun Suk dan Kim Hyun Joong dibuatnya. "Hah?!", tanya Park Shin Hye lagi. "Wei, balak aku pun kau nak sound jugak ke? Dah la kau sound mamat tadi macam-macam.", celah Jang So Min. "Huh! Nasib baik makwe aku ade.", kata Jang Geun Suk dalam hati. "Nasib baik kau balak kawan aku. Kalau kau balak orang utan, aku cincang-cincang kau cukup-cukup.", marah Park Shin Hye lagi. Jang Geun Suk menelan air liur. "Dah la. Loceng dah berbunyi tu. Jom masuk kelas.", kata So Min Kim Hyun Joong masih mengelamun. Terpegun dengan kecantikan Park Shin Hye walaupun dia seorang yang garang lagi menakutkan. "Hyun Joong!! Hyun Joong!!", panggil Geun Suk tetapi tidak disahut oleh Hyun Joong. "Weyh, jom masuk kelas. Cikgu da masuk tu.", kata Jang Geun Suk. Semasa pulang sekolah "Wei, tadi nape kau mengelamun?", tanya Geun Suk. "Huh?! Bile? Kat mana?", kata Hyun Joong pura-pura tak tahu. "Eleh, tak yah la nak berahsia dengan aku. Kita da kawan da lame la bro!", kata Geun Suk seakan-akan sudah tahu Hyun Joong telah jatuh cinta dengan Park Shin Hye. "Kau suke dekat Puteri Mulut Berbisa kan?", teka Geun Suk. "Huh?! Mane ade! Merepek la kau ni.", nafi Hyun Joong. "Hmm... Tipu!", kata Geun Suk. "Wei, nape die asyik marah budak laki je? Budak perempuan tak pulak. Kemain baik lagi die dengan budak perempuan.", tanya Hyun Joong cuba menukar topik. "Kau tak tahu cerita ke? A'ah. Kau sekolah petang tahun lepas. Lupa plak..", kata Geun Suk. "Cam ni..... Jang Geun Suk mula bercerita. Barulah Kim Hyun Joong tahu mengapa dia begitu anti dengan lelaki. Kim Hyun Joong telah menyukai Park Shin Hye sejak kali pertama bertemu. Sejak hari itu, Hyun Joong berusaha mendekati Shin Hye tetapi tiap kali dia mendekatinya tiap kali itulah dia dimarahi dan ditengking. Walaupun banyak kali Jang Geun Suk dan Jang So Min menasihatinya untuk menghentikan perbuatannya tetapi dia tidak peduli. Satu hari dia merasa putus asa. Pada waktu rehat dia ingin pergi ke 'swimming pool' untuk berenang. Sememangnya Hyun Joong akan release tension dengan berenang. Semasa hendak membuka pintu, dia terdengar jeritan orang meminta tolong. Dia berlari ke arah suara tersebut. Kim Hyun Joong terkejut kerana yang meminta tolong tersebut ialah Park Shin Hye. Kim Hyun Joong terus terjun ke dalam swimming pool untuk menyelamatkan Park Shin Hye yang terkapai-kapai. Selepas membawanya ke darat, Kim Hyun Joong memberi bantuan pernafasan. Di rumah Park Shin Hye Park Shin Hye tersedar dari pengsan. Ketika matanya terbuka, dia terlihat Kim Hyun Joong disisi. "Kau buat apa dekat sini hah?!", kata Park Shin Hye sambil memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. "Aku.. Aku jage kau la.", kata Kim Hyun Joong dalam keadaan terkejut. Tiba-tiba pintu bilik Park Shin Hye dikuak. "Biarlag dia jaga kamu. Lagipun, dia yang bawa kamu ke sini. Mak tak kisah.", kata mak Park Shin Hye. "Mak tak kisah?! Mak.. Dia tu lelaki, saya nak perempuan. Mana elok... Sebilik pulak tu", kata Park Shin Hye. "Biarlah.. Kamu patut berterima kasih kepada dia sebab bawa kamu ke sini. ", kata mak Park Shin Hye sambil meletakkan ubat-ubatan."Hmm. Eh, kau tak bagitahu So Min ke?", tanya Shin Hye. "Dah.. Dia ada melawat kau tadi tapi dia dah balik.", kata Kim Hyun Joong. "Mak keluar dulu", kata mak Park Shin Hye. "Balik lah. Aku tak mintak pun kau jage aku.", tengking Park Shin Hye.Tiba-tiba Kim Hyun Joong memegang tangan Park Shin Hye dengan kuat lalu mendekatkan mukanya kearah Park Shin Hye. Mata mereka bertentangan. "Tolong.. Kali ni je saya nak jaga awak.", rayu Park Shin Hye. "Lepaskan tangan aku! Sakitlah!!", aduh Park Shin Hye. Lalu Hyun Joong melepaskan tangannya. "Suka hati kau lah. Kalau kau tak sihat, aku tak tahu ek. Aku tak mintak pun.", kata Park Shin Hye. Setiap hari Hyun Joong menjaga Park Shin Hye. Dia mula sedar yang Hyun Joong mengambil berat terhadapnya. Park Shin Hye telah jatuh cinta dengan Kim Hyun Joong. Tetapi egonya lebih tinggi menyebabkan dia tidak mengakuinya. Suatu hari Kim Hyun Joong tak datang seperti selalu Park Shin Hye mula risau. Lalu menyuruh So Min datang ke rumahnya. "Wei, kau tahu tak nape Hyun Joong lama tak datang rumah aku?", tanya Shin Hye tanpa rasa malu. "Eh, aku ingatkan kau tahu.. Kat sekolah Geun Suk kata dia dah 2 minggu tak datang. Kitaorang tak tahu sebab apa.", tipu So Min. "Sebenarnya aku rasa aku dah jatuh cinta sekali lagi la.", Shin Hye mengaku. "Maksud kau?", tanya So Min pura-pura tak tahu. "Aku dah jatuh cinta kat Kim Hyun Joong laa.", kata Park Shin Hye sekali lagi. "Akhirnya kau mengaku jugak.", sindir So Min. "Hehe.", kata Park Shin Hye. "Eh, betul ke kau tak tahu Kim Hyun Joong kat mana?.", tanya Park Shin Hye mahukan kepastian. "Tak tahu la", jawab So Min. Di dalam bilik Park Shin Hye Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan sms masuk. -jumpa saya kat dewan esok- Joe Di dewan sekolah (esoknya) "Hmm.. Sape pulak yang mesej aku ni?" "Patut ke aku pergi?", kata Park Shin Hye. Lalu pintu dewan terbuka. Terkejut apabila teman baiknya Jang So Min dan Jang Geun Suk berada disitu. "Wei, ape semue ni? Sape Joe?", tanya Park Shin Hye tetapi tidak dijawab. Tiba-tiba dia terdengar Kim Hyun Joong menyanyikan lagu 'Love Like This' oleh SS501. Park Shin Hye menekup mulutnya apabila muncul wajah yang amat dirinduinya. Sesudah menyanyi, Kim Hyun Joong menanyakan sesuatu kepada Park Shin Hye dengan berdebar-debar "Saranghea Park Shin Hye.. Could you be my girlfriend?" "Yes! I'm agree!", jawab Park Shin Hye acuh tak acuh. Kim Hyun Joong memeluk Park Shin Hye dengan erat. "Nampaknya saya lah yang meruntuhkan benteng 'anti lelaki' awak.", kata Kim Hyun Joong dengan senyuman manis. Esoknya gempar satu sekolah yang Park Shin Hye atau lebih dikenali sebagai Puteri Mulut Berbisa dengan rasminya couple dengan Kim Hyun Joong. Tiada lagi pelajar yang anti lelaki di sekolah itu. THE END |