|
Trip To Terengganu Part I
Thursday, November 21, 2013 | 4:56 PM | 0 candie blossom
Assalamualaikum.Hai uolls. Hari ni baru je balik dari rombongan, terus gigih nak update blog. Haaa engko sila puji kegigihan aku. (tapi dah berapa kali disave dalam draft akibat malas) Rombongan ni selama tiga hari, dua malam. 15 November sehingga 17 November. Berbaloi gila nak tahu harga dia berapa, RM75 je!! Alhamdulillah, perancangan kelas 3 Bukhori nak buat rombongan ni akhirnya berjaya. Yeayy!!! Tapi yang tak bestnya, sahabat dunia akhirat gua, Hanisah tak dapat ikut. Sedih juga gua. Gua lagi fotogenik bila dengan dia ngeh ngeh ngeh Okey, kami 33 orang gerak naik bas khairiah. Jangan pandang rendah okey dengan bas sekolah gua. Aircond terasa yang paling penting Pak Cik Raniman tulah. Actually nama dia Rani je tambah Man jadi RaniMan. Dalam bas, aku layan novel ni je.
Perjalanan dia entah la lama juga kot. Berhenti solat Jumaat la pe semua. Aku baca buku, tidur, selfie dengan Eijah. Terfikir juga nak upload ke tak, hm baik tak payah dah la dalam bas, muka berminyak pe semua. Geli nak nengok. Buruk sangat siap guna fish eye bagai. Nanti sakit jantung je....
Perhentian pertama kitaorang, dekat RNR Gambang tak silap. Aku siap timbang. Terkojut den. Naik sekilo wehhh
Tempat pertama kami singgah, Noor Arfa Batik. Tengok dia canting batik macamana. Tapi Cikgu Pi pesan tak payah beli kain batik dekat sini sebab mahal yelah budak sekolah kan lainlah kau dah bekerja. Dia suruh beli dekat Pasar Payang. Tapi aku menyesal juga lah tak beli baju yang aku berkenan dekat situ....... Hm
Geram je aku nengok. Nak try buat tapi apo pulak akak tu kata nanti kan. Dah la tangan aku ni tak berseni. Hancur seni batik tu ngehngehngeh
Malam tu, cikgu bawa kitaorang ke satu tempat untuk makan, serius kau cantik. Ada pokok macam dekat i-city tu tapi bukan dekat i-city.
bak kata muna, 99 gambar dalam bas, 1 gambar je kat luar. mohon jangan buat begini. dah la masa tu pakcik rani tutup lampu dalam bas. camera aku dok flash-flash je hahaha sian yang belakang tu. sorry ye teman-temanku.
aku tertanya-tanya ngape lah aku selekeh sangat pakai syria je. sampai kan budak ni kata aku ni dah gaya cikgu pengiring dengan spek bagai. aku bukan apa, budak ni rushing-rushing masa mula sampai rumah tu buatkan aku putus semangat nak iron tudung bawal. aku pun pakai je yang termampu buek pula air kecik je haih putus semangat nak melawa. buruk-buruk jelah. bukan ada orang nak pun. terbeliak mata gua wkwkwk
Yang makan pula satu cerita, aku dengan budak ni order lah kueh teaw kung fu. Kau tau tak, nak dekat 45 minit tunggu, order tak sampai-sampai. Air je yang sampai. Sampai habis budak ni minum air. Aku naik stress dah la lapar kan. Group lain dah dapat makanan yang kitaorang ni mana?? Sampaikan aku dengan budak ni pandang je abang kat kaunter tu sampai satu tahap kitaorang fed-up kitaorang pun bangun nak bayar air, alih-alih mee pun sampai. Cembangang je. Dah mana taknya, pandangan kitaorang tu buat dia sebersalah. Taajam renungan kami weh. Jangan memain. Tulah siapa suruh lambat lagi. Entah menda-menda punya servis!
aku dah la lapar. tolonglah mengerti
air dia memang sedap serius! aku punya air carrot susu. dak-dak ni punyalah kata carrot boleh buat nenen jadi besar eh kisah pula lagi bagus kan hahahahahahahaha actually, carrot bagus untuk kulit dan jerawat.
dah la haus, lapar pula. makanan ni mana?
air habis dulu.............
sedap memang sedap. tapi disebabkan lambat sampai. kitaorang tak dapat nak menikmati keuh teaw ni dengan sepenuh perasaan sebabnya budak lain dah nak naik bas. sakit hati kau tak yah cite. kitaorang makan tak sampai 5 minit lepas tu terus blah. memang tak habis weh. sedap tapi dah siapa suruh kau hantar lambat. teruk betul customer service dia. RM5 sepinggan kira okey la. udang, sayur semua lengkap. masa kitaorang bayar tu, entahlah mak cik kedai tu cakap apa dengan cikgu kitaorang haih lantak.
4 untuk 4 bini?
Maka selesailah hari pertama. Hari kedua, part kedua lah pula ye. Keknya, penat mengupload gambar hahaha. Assalamualaikum :)
|