|
Dialah sebaik-baik pengurus.
Sunday, July 21, 2013 | 10:11 PM | 1 candie blossom
Assalamualaikum and Salam 1 Ramadhan guys.Couple? Semua orang tau kan couple tu apa. Fikir baik-baik apa yang kita dapat dengan couple? Kita cuma akan dapat dosa, dosa, dosa dan dosa. Sebab tu study susah nak faham. Hafal susah nak masuk. Sebab dosa bertimbun-timbun. Dosa apa? Dosa zina. Hah ni mesti korang fikir zina buat anak tu kan? Nauzubillah. Minta-minta dijauhkan. Maksud aku, dosa kecil. Allah s.w.t berfirman, "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Israa� : 32) Mendekati pun sudah dilarang. Couple ni bererti mendekati. Aku tau korang semua tau hukum couple ni haram. Cuma hati tak nak terima. Aku pun dulu macam tu. Selagi tak terhantuk, tersadung selagi tu aku tak sedar. Terimalah dengan hati terbuka. Kalau kita tinggalkan maksiat, insyaAllah hati tenang. Tak fikir pasal dia dah. Ni tak, mula risau takut dia curanglah apalah. Lepas tu bergaduh, membazirkan air mata. Apa yang kita dapat? Takde apa pun. Lepas tu, masa couple ni semua benda sweet semua dah buat. Nanti bila kahwin takde apa yang tinggal. Dah tak seronok. Sebab tu, kes penceraian semakin meningkat. Zina hati, zina mata, zina mulut, zina kaki, zina tangan. Dosa kecil, lama-lama jadi banyak ibarat, titik-titik hitam di atas kain putih lama-lama kain putih tu jadi hitam juga kan? Macam tu juga dengan hati. Lama-lama hati gelap. Susah nak terima hidayah. Hah macamana pula zina-zina kecil tu? Contoh, kita text dia, senyum-senyum, teringat, date, otp tu semua maksiat. Mengelapkan hati. Masa remaja ni kita kumpul dosa, nanti masa dewasa dosa lagi. Kahwin ada anak semua, kita nak ke anak kita macam tu? Cuba bayangkan anak kita berdating, bercouple. Apa perasaan kita? Nak tengok anak kita macamana, tengok diri kita. Sayang dekat dia? Bersabarlah. Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau jodoh kita memang kuat dengan dia, walaupun terpisah seorang dekat Pahang, seorang dekat Selangor, tetap akan bersama. Cuma sabar. Dosa kita yang lain pun dah banyak ini nak tambah dengan dosa-dosa lain. Dosa tak tutup aurat. First of all, nak jauhkan diri daripada maksiat ni, rapatkan diri dengan Allah. Solat 5 waktu jangan tinggal. Perbanyakkan solat sunnat. Bangun waktu malam. Berqiyamullail. Waktu tu, doa kita insyaAllah dimakbulkan. Bangunlah disaat orang lain sedang nyenyak tidur. Ganjaran pahalanya besar. SYURGA. Second, tutup aurat. Bayangkan kalau kita dah tutup aurat semua. Pakai stoking. Kita nak dating pun malukan? Memang susah nak berubah sekaligus. Ubah perlahan-lahan. Jaga solat. Solat mencegah kita dari maksiat. Jom kawan-kawan, kita berubah kerana Allah! Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias". Surah An-Nur ayat 26, Allah berfirman: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji. Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik…..” "Cukuplah Allah untung menolong kami, dan Dia-lah sebaik-baik pengurus." Assalamualaikum :) |