|
Normal
Sunday, June 23, 2013 | 5:41 PM | 0 candie blossom
Assalamualaikum and hi!Sebelum tu, aku nak beritahu yang aku ni sebenarnya dah addicted gila dengan lagu Just Give Me A Reason. Sampai satu tahap aku menangis, meraung-meraung T___T Take a second to hear this song okay! Sekarang dah nak masuk bulan 7. Maksudnya, nak dekat 2 bulan lagi aku nak PMR. Bulan 7 ni trial. Tahun ni macam-macam benda aku dah lalui dan aku terlalu sayangkan semua orang yang ada di sekeliling aku. Mid year exam ni aku dapat 2A 5B 1C 1D. Target haaaa kau 5A babe! Tapi 2A je dapat. Sedih kau tak yah ceritalah. Bayangkan BI paper 1 kau dapat 38/40 tup tup BI kau B sebab paper 2, 26/50. MasyaAllah. Rasa down gila sebab aku memang target BI, A. Tapi takde rezeki takpe, don't give up! Bahasa Melayu - A Sains - A Bahasa Inggeris - B Pendidikan Agama Islam - B Matematik - B Bahasa Arab - B Geografi - B Sejarah - C Kemahiran Hidup - D Trial ni, aku target : Bahasa Melayu - A Sains - A Bahasa Inggeris - A Pendidikan Agama Islam - A Matematik - A Bahasa Arab - A Geografi - B Sejarah - B Kemahiran Hidup - C 6A 2B 1C. Sebab ayah aku kata kalau trial aku 6A dia nak tempah motor dan aku nak motor 125! Omg omg dari form 1 kot aku nak motor tu. And imagine.......................
dalam tangan aku. Memang 24 jam aku melekat je dengan motor ni. Hahahahaha tapi ayah aku nak belikan aku ego. MasyaAllah. Gua rockers babe. At least, kalau skuter pun, nouva lc pun okay apa. Aku tak nak ego eiiiiiiiiiii hodoh.
Actually, aku baru balik dari Seminar Kecemerlangan dekat Agro Semuji Resort, Kuantan untuk 3 hari 2 malam. Best dia masyallah aku nak cerita pun tak larat. Best gila nak mampos. Bergosip bagai. Perghhh. Tapi hmmm satu je, aku pendam masa kat sana.
HIKMAL
Dah aku fikir senang nak lupakan orang?! Dah la sokmo ada kat depan mata kita. Jalan sikit, jumpa. Jalan sinun, jumpa. Aku benci dia tapi dalam masa yang sama sayangkan dia dan dalam masa yang sama menyampah dekat dia dan dalam masa yang sama rindukan dia. Bercampur-aduk semuanya. Sebab tu, setiap kali aku terserempak dengan dia, aku akan tunduk seboleh mungkin. Pandang tepi. Seolah-olah dia tak wujud dan aku tak pernah kenal dia. Aku mampu kutuk dia tapi dalam masa yang sama jauh dalam hati aku, aku sayang dia walaupun aku tahu aku kena game. Gila kan? Aku kutuk dia BELALANG GAMER depan kawan-kawan aku seolah-olah aku benci dia tapi takpe lah, dengan cara tu lah kita boleh bencikan seseorang kan? Dia panggil aku, JANDA dia. JANDA babe! Lawak k. Tang bila dan di mana aku kahwin dengan dia. Walaupun aku dah clash dengan dia, kawan-kawan dia still ejek aku DUGONG. Takpe, alah bisa tegal biasa. Mampos koranglah asalkan aku tak kacau hidup korang.
Dan satu malam masa dekat Semuji tu, adalah Syidah dia kata Hikmal nak jumpa. Imagine, ex nak jumpa kita. Oh no way! Aku pun cakap "Izzah dah mati" then Hikmal kata kat Syidah "ok bye" dan lepas tu aku merayau sengsorang dan tetiba sedih+sebak+sakit hati+rindu datang dan tears falling down...... Gua nangis babe! Gua terus pergi dekat Muna. Cerita dekat dia. Lepas tu Muna pujuk, "Dah la Izzah. Allah ada. Dah jangan nangis. Dah tak comel nangis" hahahahaha Muna memang pandai pujuk orang. Aku pun macam biasa, senyum dan ketawa seolah-olah takde apa-apa berlaku. Apa-apa pun, LIFE MUST GO ON kan?
Dan aku tau aku ni hebat. Ewahh sila bagi kaki. Aku hebat sebab pandai sorokkan kesedihan aku ewahh dah la bye. Makin annoying pula aku ni :p
Aku, Nisah, Sabreena. Comelkan kami hahahahahahaha
Lirik ni hmmm buatkan aku menangis :')
Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah
|