|
Sunday
Monday, March 4, 2013 | 10:39 PM | 0 candie blossom
Assalamualaikum.
Hai uolls. Hari ni, aku, Sabreena, Hanisah dan Irdina hang
out bersama! Serius, best gila woii. Masing-masing gila kan so bapak la gempak.
Kat rumah memang aku berbedak, bergincu bagai. Pergh cun
sia. (perasan) Namun bila tibanya di bandar segala bedaknya cair T__T
Mula-mula, aku sampai pukul 10.30 dengan adik aku. Tak lama
lepas tu, Nisah pun sampai. Kitaorang pun pusing pekan sehari tu. Then Dina
text, dia dah sampai. Aku, Nisah, Sab pun pergi busstand tu. Jumpa Dina, nasib
baik Dina tak pakai baju kurung wei!
So, kitaorang berempat usha-usha la apa yang ada dekat pekan
sehari. Then semua kata lapar. So we decided to eat at Happy Fried Chicken.
Lepas mengenyangkan perut, kami (skema gilerr) cadanglah nak usha baju dulu.
Since, we got RM100 from the prime minister
:3
Ada satu baju tu, cantik gila babi wei, tapi ketat sikit
hmmm sedih wei. Ni haaaa,
Arh comel gila siaa baju Hello Kitty ni. Andai aku kurus. Hmm k
Adik aku hari tu, memang gedik sial. Suruh tangkap gambar dia. Nak jadikan DP apalah. Haiyoo Jadi, apabila cuba baju itu, cuba baju ini. Ketat semuanya and in my heart said, "what the hell?". Aku pun blah la apa lagi. Then pergi Zahra, beli tudung untuk adik Nisah.
Nak posing dengan Nisah. Tapi bila Nisah duduk sebelah aku, automatik si penjaga kedai tu datang dekat kami. Sibuk sibuk sibuk. Nak pinjam cermin pun tak boleh ke? .__.
After that, we all go to the Taman Tasik. Yeah and we posed like crazy girls. Seronok gila kau. Masa aku duduk dekat apa entah, aku nak bangun then tetiba aku terlanggar besi. MasyaAllah sakit kepala aku tu tak payah nak kabo ah biul aku kejap -.-
Tempat ni best woi. Tenang dan damai je. Aku nak date dengan Hikmal dekat sini, Sabtu atau pun Ahad ni! Yeah :p
Apabila Hanisah menahan ketawa. Akibat aku terlanggar besi tu.
Istiqamah dalam makan rojak buah. Good girl.
Eh adik aku jadi penari tiang? Angah, bertaubatlah!! Pintu taubat sentiasa terbuka sayang. Hmm :'(
Sibuk text abang mirul dia tu. Eii sweet je diaorang. Benci! Tapi sweet lagi H.H.H. dengan N.I.A :p
Say CHEESE
Say TAHI. Hahahahahahahahahaha bodow je =,=
Say hi to Captain Irdina Rafik and Izzah Anuar.
Gaduh manja gituwwww.
Dah. Gaya. Mak. Orang. Wei. Aku. Ni.
Semangat kesukanan yang tinggi di tengahari.
Comel jugak rupanya aku ni bila ketawa. Lewls. Angkat bakul.
Makin lama muka aku makin hitam. Hish
I love you Hanisah!
Sejam lebih kitaorang dekat taman tu. Makan aiskrim semua. Sweet je. Lelws. Lepas tu kitaorang pergi bandar atas. It's shopping time! XD
Mula-mula pergi kedai dompet. Rambang mata sia. Tidak diakui dompet-dompet tersebut memang cantik dan bergaya, tapi aku tak mahu membazir sedikit wang aku. Cewah hahahahahaha. So, Dina dengan adik aku je yang beli.
Lepas entah macamana selipar Dina tu putus omg omg. Nisah pun pergi beli. Akhirnya kami berpisah disini, Dina terpaksa balik. Abang dia ah kecoh k bye.
So, kitaorang shopping dekat Ezze Collection. Tak silap aku. Cantik-cantik dowh baju dia. Kalaulah aku kurus hmm. Harga dia pun berpatutan. Aku beli 2 helai. Nisah dengan adik aku sehelai.
Adik aku ni teringin sangat-sangat nak pakai skinny jeans. Tapi aku tak bagi. Ketat bodow. Dah la dia tahfizah wei! Ade ke patut? Eii last-last try dekat fitting room, tangkap gambar je lah buat kenang-kenangan.
Serius. Ketat. Kan?
Penat pilih baju semua, kitaorang pun turun bandar bawah. Pergi ekspo jap. Ada satu beg tu, colour dia cantik sangat. Warna biru. Aku pun fikir punya fikir. Beli dengan harga RM28.
Then aku dengan Nisah cadang nak beli baju sama untuk boyfriend hehehehhee. Pilih punya pilih, aku beli yang labah-labah. Adik aku superman, Nisah adidas punya. Penat wei berjalan sakit-sakit kaki aku. Aaaaaaaaaaaa -.-
At the end, ada bas cityliner. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Baik aku balik dulu. Malas tunggu bas Union. Naik lah bas uzur tu hmmmmmmmm.
Dalam bas tu, adalah seorang budak sekolah aku ni, dia pandang je aku. Then aku kata,
"Ni adik aku" *senyum comel*
"Yeke? Samalah muka korang" *muka terkezut*
Idk why ramai kata kitaorang ni macam kembar. K. Mungkin disebabkan ketinggian kami sama, muka kitaorang bulat, hidung kemek. Pipi tembam. Tapi berat berbeza :p
Dalam bas tu, kitaorang tidur je. Penat berjalan wei. Sampai kaki aku, muka aku berbelang. Flat aku sampai haus. Nak beli flat baru! Hikmal, belanja lah!!!
Sampai Mentakab, mak aku tak nak ambil pula, terpaksa jalan kaki. Hah hah hah sumpah penat gila hang out kali ni!
Tapi puas hati la dapat beli baju kan even duit tinggal RM2 akhirnya.
Barang-barang yang aku beli ;
Ni adik aku punya. Kitaorang bertiga beli baju polka. Nanti hang kali kedua, polka je. Auww comel!
And lastly, baju couple kitaorang. Huh macam pelik je -.-
Dia punya saiz M. Dia kurus wei. Keding!
Sabtu atau Ahad ni, kitaorang nak date. Aku suruh dia pakai baju ni. Tapi aku malas la pakai baju ni juga, lawak asdfghjkl. Aku nak pakai baju rama-rama tu, okay tak? Imagine...........
Okay ke wei???????
Masalah sekarang ni, aku nak pakai beg biru tu, lepas tu nak pakai tudung kuning tu lagi ke? Ah lantakkan je la pakai je. Betapa tidak kesabarannya aku menunggu hari itu. Rosak dan punah bahasa jkjk
Hari ni, aku ada kelas tambahan. Start pukul 3. So, aku ajak ah dia teman aku makan Oreo McFlurry dekat McD. Dia pun nak. So, aku belanja dia air. Dah pokai. Understand?! Best je borak dengan dia. I'm so happy :3 . Ada budak sekolah lain nampak kitaorang duduk semeja, ah pedulikan. Orang nak kata budak sekolah agama dating ke apa. Mampos. Asalkan aku tak buat benda tak senonoh. Ye dakk?
Okay lah, nak sambung tweeting. Nanti, aku story pasal date kami yang kedua! Bye. Assalamualaikum!
|