|
Love
Friday, March 1, 2013 | 12:38 AM | 0 candie blossom
Assalamualaikum.Love. Sayang. Cinta. Ya, aku baru belasan tahun tapi gaya tulisan ibarat puluhan tahun. Aku memang tidak arif berkaitan hal ini tetapi aku manusia. Manusia yang ada perasaan. Jadi, tidak salah aku meluahkan perasaan dia alam maya ini. Rasa sayang terhadap dia. Memang itu benar. Biarlah dipandang sebelah mata oleh orang lain, asalkan kami bahagia. Baju ronyok tak apa, asal pakai selesa. Bukankah begitu? Dengki. Perasaan itu ada disebalik hati-hati manusia. Kita tidak boleh mengharap orang lain untuk menyukai kita. Kita sendiri tidak mampu untuk menyukai semua orang. Terima seadaanya. Kata-kata nista itu, insyaAllah akan membangkitkan semangatku. Allah tahu apa yang tersirat di dalam hatiku. Kata-kata yang bibir aku sendiri tak dapat untuk meluahkannya. Hanya jari-jemari yang dapat menafsirkan melalui susunan-sunanan huruf. Memang aku lemah, aku tak berdaya untuk meluahkan apa yang jauh terpendam. Ini tempat aku meluahkan segalanya. Biar orang kata menyampah. Biar. Pekakkan telinga, butakan mata. Redha dan berterima kasih kepada Allah S.W.T diatas kurnianNya akan rasa sayang aku kepada dia. Salam Jumaat semua! :) |