|
Cinta
Thursday, August 2, 2012 | 12:07 AM | 0 candie blossom
Hai. Salam 1 blogger. Hewhewhewhew. Saya Nurul Izzah bt Anuar, akan menjadi Dr. Cinta pada hari ini. Topik hari ini ialah Cinta. Omputihnya Love, rempitnya Cintew. Cinta ni ialah sesuatu perasaan yang dikurniakan Allah S.W.T kepada hambanya. Ya Allah, betapa hebatnya perasaan ini bukan? Lelaki cintakan wanita. Wanita cintakan lelaki. Itu baru normal. Cinta sejenis itu mintak kaki. Actually, aku tak banyak sangat idea nak tulis entri ni -.- Cinta Ada Batasan See? Baca balik. CINTA ADA BATASAN. Kepada remaja diluar sana, termasuk aku lah, cinta ni ada batasannya. Nak couple tu boleh, tapi kena jaga batasan. Jangan keluar berdua-duakan. Jangan pegang-pegang. Jangan tatap mata tu lama sangat. Romen-romen pun jangan yeeeee -.-' Jaga cinta tu. Cinta tu suci. Kepada gadis seperti aku, jaga dara kita tau. Jangan senang-senang nak murahkan maruah kita kepada lelaki yang tak tentu lagi jadi suami kita. Ingat tu! Izzah sila ingat!!! Ambil perhatian. Sekarang ni gadis kat Malaysia ramai dah serahkan makhkota dia kepada lelaki yang belum confirm jadi suami dia. Lepas tu mulalah, buang bayi lah. Ya Allah, jauhkan lah kami dari perkara tersebut. Jangan Percaya 100% Girls, jangan percaya lelaki ni 100% tau. Kalau sayang sangat, at least biar ada beberapa peratus yang kita ragu-ragu tentang dia. Ingat tu? Satu lagi, kita mesti utamakan family lebih dari bf/gf kita tau! Sayangkan ayah kita lebih dari kita sayangkan bf kita. Boleh ke? Hmm yang ni aku tak sure. Sebab aku sayang gila Aben tu. Hahahaha Jangan Permainkan Perasaan Tolonglah, jangan mainkan perasaan kitaorang. Yaa, kaum Hawa. Kaum Hawa ni lemah woi. Kau jangan sakitkan hati kitaorang. Nanti kitaorang nangis tau tak! Perempuan ni kalau dah sayangkan seseorang tu, susah dia nak lepaskan. Walau teruk mana pun laki tu sakitkan hati dia, dia tetap mencintai lelaki tu. Macam kawan aku ni, bf dia suka marah-marah dia, cemburu buta. Lepas tu ada suatu hari, kawan aku ni tak tahan sangat dia text laki tu, dia kata yang ni last mesej dan dia terus off phone dia sampai sekarang. Lepas tu, dia nangis tadi. Ya Allah, sayangnyalah kau dekat Mirul tu. Bertuah Mirul tu. Bodoh dia kalau dia tak hargai cinta kau Hanisah. Pesanan aku, better kau on phone kau tu. Mana tau dia pujuk kau ke? Kalau dia tak pujuk, redho je lah. Maybe Allah nak kasi yang lebih baik untuk kau :') Hargai Dan Hormat Cinta Hati Korang Hormat dan hargai. Hormat di sini bermaksud, kalau lelaki tu, berilah privasi kepada perempuan tu. Jangan kongkong dia. Kau cuma bf dia, bukan suami dia. Takde hak langsung nak kongkong perempuan tu. Jangan gatal-gatal nak mintak gambar freehair ke ataupun dating pakai seksi-seksi ke. Hormat perempuan tu wei. Lelaki yang betul-betul sayangkan perempuan tu, dia akan menjaga perempuan tu dengan sebaik-baiknya. Ibarat dia menjaga kaca yang mudah pecah. See, bukan mudah nak jaga kaca tau? Kaca sekali pecah, takkan elok balik walaupun digam uhu. Macam tu jugak dengan perempuan. Btw, perempuan ingat Allah okay? Allah sentiasa ada dengan kita :') Okay, hargai di sini pulak bermaksud kalau aniversary ke birthday ke wish la woi. Jangan lupa pulak. Kang tak pasal-pasal ada pihak yang merajuk pulak. Hewhewhew. Beri hadiah. Biar tak mahal, asalkan ikhlas dari hati. Ye dok? Hihihihihi Okaylah, Dr.Cinta dah penat menaip ni, nanti-nantilah aku huraikan peraturan-peraturan cinta ni. Assalamualaikum :D Tiada istilah SINGLE, semuanya IN RELATIONSHIP with Allah. Tiada istilah FOREVER ALONE. Allah sentiasa disisi kita :) |