![]() ![]() ![]() ![]() |
Pada Suatu Hari
Sunday, September 25, 2011 | 2:33 AM | 3 candie blossom
Hey! Hehe. Tetibe jee. Okey, ada satu cerita yang merapu. Pada suatu hari, ada seorang gadis yang bernama Nurul Jannah ; Ana berjalan-jalan. Dia memakai baju yang berwarna biru yang ada tulisan 'I MISS YOU'. Baju itu dibeli olehnya di pasar malam. Dia memakai skirt dan tudung yang berwarna hitam. Ingat! Ana bukan freehair ea?! Haha. Ana pun berjalan-jalan di taman seorang diri sambil melihat bunga-bunga yang ada di taman. 'Subhanallah! Cantiknya bunga ini!', kata Ana sambil menunjuk kepada sekuntum bunga ros merah tanpa menyedari ada seorang lelaki sedang memerhatikan dia. Lelaki itu sudah lama memerhatikan dia. Rupa-rupanya lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama pada dia. Lelaki itu sebenarnya jiran yang selama ini Ana suka. Ana malu untuk menyatakan hasratnya pada lelaki itu untuk berkenalan dengannya. Oleh itu, dia hanya menyimpan rahsia itu di dalam hatinya tanpa memberitahu sesiapa pun. Lelaki itu, namanya Muhammad Firdaus ; Daus. Firdaus memakai baju berwarna biru juga dengan tulisan 'I♥u'. Dia yang memakai seluar pendek melabuhi lutut yang berwarna kelabu dan berkasut ungu. Daus sengaja memakai pakaian yang hampir sama dengan Ana kerana ingin menyatakan hasratnya ingin mengenali Ana dengan lebih rapat. Daus pun memetik bunga ros merah yang dipuji oleh Ana tadi.Setelah memetik bunga itu, Daus pun pergi menemui Ana untuk menyatakan hasratnya. Daus berkata : Assalamualaikum, Ana, saya Firdaus. Awak boleh panggil saya Daus. Saya jiran awak. Saya sudah lama memerhatikan awak. Awak, saya sebenarnya MENCINTAI awak. Lidah Ana terkelu kerana tidak tahu hendak cakap apa. Rupa-rupanya lelaki yang selama ini Ana cintai, mencintai Ana juga. Jadi, cinta Ana selama ini tidak bertepuk di sebelah tangan. Ana sangat gembira dan bahagia. Jadi mereka hidup bahagia selama-lamanya.
Tamat sudah cerita itu yang telah dimerapukan oleh aku yang gila ni. Haha. Gambar tu aku lukis sendiri tau! Untuk hilangkan bosan dan mengantuk. Tetapi akhirnya otak ini tiba-tiba mengeluarkan idea yang bodoh lagi sengal ini. Haha. Okey lah, hope korang enjoy. Bye. ^__^ |